TIPS DAN CARA MENJAGA ARNAB.
'INDOOR RABBITS' (ARNAB DALAM RUMAH).
- Pastikan wayar elektrik anda disorok atau diletakkan di tempat yang tinggi kerana arnab suka menggigit wayar tersebut.
- Latih arnab anda dengan kaedah 'litter trainned', iaitu melatih arnab anda supaya membuang air di tempat yang disediakan supaya tidak mengotorkan rumah anda.
CONTOH TEMPAT 'LITTER TRAIN'
'OUTDOOR RABBITS' (ARNAB DALAM SANGKAR).
- Bersihkan sangkar arnab setiap hari untuk mengekalkan kebersihan dan mengelakkan daripada bakteria merbahaya.
- Luangkan masa bersama arnab anda supaya mereka rasa lebih disayangi.
- Lepaskan mereka di halaman rumah atau 'play pen' supaya mereka dapat bersenam dan ia juga membantu sistem pencernaan yang baik.
- Elakkan memberi makanan yang berlebihan supaya arnab anda tidak mengalami penyakit obesiti.
CONTOH 'PLAY PEN'.
DIET ARNAB YANG BAIK.
- Makanan seperti pellet hanya diberikan 1 atau 2 kali sehari sahaja. Waktu yang sesuai diberikan pellet adalah waktu malam kerana mereka sangat aktif pada waktu malam.
- Tukar air minuman arnab dengan air bersih setiap hari walaupun air tersebut belum habis.
- Berikan Alfalfa hay atau Timothy hay kpd arnab anda tanpa had kerana hay sgt penting bagi pencernaan yang baik dan ia juga memberikan serat kpd arnab anda.
- Buah atau sayur baik untuk arnab kerana ia mempunyai zat dan boleh menghindari daripada penyakit obesiti.
VETERINAR UNTUK KESIHATAN ARNAB ANDA.
- Bawa arnab anda berjumpa dengan doktor haiwan sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan untuk pemeriksaan kesihatan ataupun 'overall health'.
- Minta ubat cacing daripada doktor haiwan sekiranya doktor tidak memberikannya.
KELENGKAPAN SANGKAR ANDA.
- Mangkuk makanan seperti tembikar adalah lebih baik berbanding jenis plastik.
- Botol air atau mangkuk air adalah digalakkan.
- Beli mainan seperti bola loceng, 'chewable toys' dll.
- Letakkan 'bedding fleece' untuk keselesaan arnab anda.
CONTOH 'BEDDING FLEECE'
CONTOH MAINAN ARNAB
BENDA YANG TIDAK BOLEH UNTUK ARNAB.
- Jangan berikan sayur seperti kubis, kangkung dan sayur yang bergetah.
- Jangan berikan 'walking jacket' kepada arnab anda kerana ini boleh menyebabkan tulang lehernya patah.
- Jangan angkat arnab melalui telinga kerana di telinga arnab mempunyai banyak saraf.
- Jangan biarkan arnab anda terkonkong di sangkar kerana ini boleh melemahkan jantung mereka.
- LIHAT CONTOH YANG 'BETUL' DAN 'SALAH' DALAM GAMBAR DI BAWAH.
CONTOH YANG SALAH
CONTOH YANG BETUL
SELAMAT MENCUBA! :)












bersihkan sangkar hari2 erk basuh guna air ke atau apa ?
ReplyDeleteApa lagi mainan yang sesuai untuk arnab?
ReplyDelete